Lelaki miliki ekor berbulu disembah kerana dianggap sebagai 'Tuhan Monyet'

‎SEORANG penduduk kampung yang mahir memanjat pokok dan memiliki 'ekor berbulu' kini disembah oleh penduduk setempat kerana dianggap sebagai 'Tuhan Monyet'.

Chandre Oraon memiliki kawasan ditumbuhi bulu di bahagian belakang badannya. Apabila ia dibiarkan memanjang, kelihatan seperti ekor.

Ketumbuhan bulu seakan ekor serta kemahiran memanjat luar biasa yang dimilikinya membuatkan lelaki berusia 35 tahun itu dianggap sebagai jelmaan tuhan Hindu, Hanuman yang turun ke dunia dalam bentuk manusia.

'Saya Hanuman. Orang sangat menghormati saya kerana ekor ini, kini saya tidak lagi merasa rendah diri dengan kewujudan ekor ini. Ia satu pemberian oleh tuhan' Kata Oraon.

Orang ramai dilaporkan turut hadir ke rumahnya di Apipurduar, Bengal Barat semata-mata untuk menyentuh ekornya kerana dikarakan boleh mendatangkan 'tuah'.

‎Monika Lakda salah seorang penduduk yang sering membawa rombongan ke rumah Oraon dilaporkan sebagai berkata: 

"Anak abang saya sebelum ini mengalami sakit yang teruk dan demam.

"Kami sudah berikan pelbagai ubat namun tidak sembuh. Jadi kami datang bertemu Oraon untuk dapatkan rahmat dari beliau. Bayi itu serta merta sembuh."

Para doktor dilaporkan mempercayai bahawa ekor berbulu itu adalah sejenis faktor biologi yang dikenali sebagai spina bifida.‎ — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post