Ibu suruh anak duduk bawah panas terik untuk 'book' ruang parking kereta

,

EdisiRakyat.com
SEORANG wanita yang juga merupakan seorang ibu dikecam oleh warga maya di laman sosial Facebook gara-gara menyuruh anaknya duduk di bawah panas terik hanya untuk menjaga ruang parking kereta daripada diambil orang lain.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur sebuah kawasan yang padat dengan bangunan perniagaan menjadikan ruang tempat letak kenderaan begitu terhad, terutama ketika waktu puncak.



Dalam sebuah kiriman salah seorang pengguna Facebook yang menjadi viral, kanak-kanak itu dikatakan ditinggal seorang diri di salah sebuah petak ruang tempat letak kereta sekurang-kurangnya selama 20 minit.

Sementara itu si ibu yang tidak dikenali mungkin pada ketika itu sedang memandu kereta lebih jauh atau mengambil pusingan U untuk sampai ke petak ruang letak kereta yang dijaga anaknya itu.

Orang ramai terus melontarkan kecaman di laman sosial Facebook terhadap tindakan ibu yang disifatkan sebagai tidak berhati perut dan mementingkan diri itu. Sehingga kini identiti wanita dan anak tersebut masih tidak dapat dipastikan.

Apa pula pandangan anda tentang perkara ini? Sila tinggalkan komen di bawah. — EdisiRakyat.com, 23 September 2016