Jijik! Restoran jual nasi goreng dipenuhi ulat (video)

,

EdisiRakyat.com
JIJIK! Itulah perkataan pertama keluar daripada mulut saya sebaik sahaja menonton video ini. Nasi goreng dipenuhi ulat yang masih bergerak 'menguit-nguit' di dalam pinggan salah seorang pelanggan sebuah restoran.

Dari suara takbir Hari Raya yang dapat didengari di dalam video menjadi suara latar, fahamlah saya bahawa video ini baru sahaja dirakam sebentar tadi, kerana hari ini adalah Hari Raya Aidiladha.

Difahamkan, video ini dirakam dalam salah sebuah restoran di Centre Point Kuantan, Pahang. Tiada lagi maklumat lain yang diberikan.




Kelihatan di dalam video, latar belakang restoran dimaksudkan. Jika anda selalu ke Centre Point, Kuantan tentu mudah bagi anda untuk mengecam restoran mana yang disebutkan.

Silalah menonton video tersebut di bawah ini. Amaran, jika anda seorang penggeli, mudah terbayang-bayang benda-benda jijik selepas menonton, saya tidak bertanggung jawab sekiranya selera makan anda hilang untuk dua atau tiga hari.