Nafsu binatang! Bayi 11 bulan pengsan dirogol jiran hampir 2 jam

,

EdisiRakyat.com
SEORANG bayi berusia 11 bulan dilaporkan telah diculik dan dirogol oleh seorang jiran di Delhi, India pada malam Jumaat lalu.

Bayi tersebut yang berasal dari Viskaspuri, dikatakan sedang tidur bersama ibunya di sebuah komplek perumahan Polis sebelum diculik, lalu dibawa ke sesebuah hutan berdekatan dan dirogol sekitar jam 10 malam.

Ibu bayi berkenaan yang hanya menyedari kehilangan bayinya sekitar jam 11 malam telah memberitahu polis.

Ketika sampai di lokasi kejadian, bayi malang itu dilaporkan tidak sedarkan diri, dia segera dibawa ke Hospital Deen Dayal Upadhyay dan telah dirawat di unit rawatan rapi hospital tersebut.


Bayi itu dilaporkan mengalami pendarahan yang banyak, doktor memaklumkan bahawa keadaannya sangat parah.

Suspek berjaya ditangkap

Sebuah telefon bimbit yang dilaporkan tertinggal di tempat kejadian membantu pihak polis mengesan lokasi suspek, membawa kepada tangkapan seorang lelaki yang tinggal di sebuah kem pekerja.

Pegawai polis yang terlibat dengan tangkapan tersebut dilaporkan sebagai berkata suspek telah membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil bayi tersebut pada pukul 10 malam.

Dia telah membawa bayi itu ke dalam kawasan semak berdekatan longkang lalu merogolnya selama hampir dua jam.

Lelaki tersebut kini didakwa di bawah seksyen 376 mengikut undang-undang Kanun Keseksaan India dan kini berada dalam tahanan reman sepanjang perbicaraan.

Bapa bayi tersebut dipetik sebagai berkata: 

"Saya sangat sedih melihat keadaan anak perempuan saya itu, bajunya dikoyak-kotak, banyak kesan kuku di seluruh badannya, kecederaan ini akan memberi kesan sepanjang hayatnya..." — Edisirakyat.com, 5 September 2016