Ads Top

Jerung betina mampu membiak sendiri selepas lama tanpa kehadiran jantan

SEEKOR jerung betina yang telah dipisahkan begitu lama daripada pasangannya dilaporkan telah menghasilkan kebolehan untuk membiak secara bersendiri.

Jerung Zebra (Stegostoma fasciatum) yang diberikan nama Leonie bertemu dengan pasangan jantannya di dalam sebuah aquarium Townsville, Australia pada tahun 1999.


Sumber foto — New Scientist

Ketika itu pasangan jerung ini menghasilkan lebih 24 ekor anak, sebelum 'si jantan' dipindahkan kedalam tangki yang berlainan dalam tahun 2012.

Sejak dari hari itu, Leonie dikatakan langsung tidak pernah bertemu dengan mana-mana pasangan jantan. Namun apa yang mengejutkan pada awal 2016 ia telah melahirkan 3 ekor anak-anak jerung.

Tertarik dengan kejadian itu, Chistine Dudgeon dari University of Queensland di Brisbane, Autralia bersama-sama dengan rakan-rakannya mula mencari jawapan.

Satu daripada kemungkinan ialah Leonie telah menyimpan benih daripada pasangannya sebelum ini untuk mensenyawakan telur-telurnya. Namun ujian genetik menunjukkan bahawa anak-anaknya hanya mewarisi maklumat DNA daripada si ibu.

Ini bermakna ia telah dilahirkan melalui pembiakan asexual (pembiakan tanpa kehadiran pasangan jantan).

Sebahagian haiwan-haiwan vertebrata, diketahui mampu untuk membiak secara aseksual walaupun secara normalnya mereka membiak secara seksual.

Namun hanya haiwan betina yang biasanya dilaporkan mampu berbuat demikian. Tiada kejadian seperti itu pernah dilaporkan terhadap haiwan jantan.

Menurut Dudgeon, terlalu sedikit laporan tentang pembiakan aseksual berlaku kepada mana-mana haiwan betina yang pernah melalui sejarah hubungan seksual.

Seekor eagle ray (sejenis spesies ikan) dan boa constrictor (sejenis spesies ular) kedua-duanya di dalam kurungan antara yang pernah dilaporkan berubah daripada pembiakan seksual kepada aseksual.

"Dalam spesies yang mampu untuk membiak melalui kedua-dua cara, hanya sedikit pemerhatian tentang perubahan mereka daripada pembiakan aseksual kepada seksual, perubahan cara pembiakan dari arah sebaliknya lebih jarang lagi diperhatikan," kata Russell Bonduriansky di University of New South Wales di Sydney.

Dalam kumpulan jerung, pembiakan aseksual boleh berlaku apabila benih betina disenyawakan oleh 1 sel bersebelahan yang dikenali sebagai 'polar body' kata Dudgeon.

Ia juga mengandungi bahan genetik daripada betina sekaligus membawa kepada "pembiakbakaan lampau" (extreme inbreeding), bagaimanapun dakwanya "Ia bukankah strategi pembiakan untuk jangka masa panjang, untuk pelbagai generasi kerana ia menurunkan kepelbagaian genetik dan kebolehubahsuaiannya,".

Bagaimanapun strategi ini mungkin diperlukan pada suatu ketika apabila bilangan pasangan jantan berkurangan.

"Ia mungkin satu makanisma untuk bertahan, maklumat genetik daripada ibu diturunkan kepada anak betina dari satu generasi kepada generasi yang lain sehinggalah ia bertemu dengan pasangan jantan untuk mengawan," dakwa Dudgeon lagi.

"Mungkin juga perubahan cara pembiakan daripada seksual kepada aseksual bukanlah sesuatu yang begitu jarang, mungkin hanya kita yang tidak tahu di mana dan bagaimana untuk melakukan pemerhatian terhadapnya," tambah Dudgeon.

Bonduriansky turut bersetuju, "Boleh jadi mekanisma ini mempunyai kelebihan yang tinggi, dan ia seringkali berlaku daripada apa yang kita tahu," katanya. — EdisiRakyat.com, 15 Februari 2017

Rujukan — nature.com

No comments:

Powered by Blogger.