Ads Top

Pesakit 'virus misteri' dikesan positif ujian bakteria leptospirosis

TIGA ahli keluarga yang dilaporkan jatuh sakit akibat 'virus misteri' selepas pulang daripada bercuti di Kajang, dikesan positif ujian leptospirosis kata Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya ujian-ujian makmal yang dijalankan terhadap sampel-sampel daripada seorang bayi di Hospital Tanah Merah dan seorang lelaki dewasa dari Hospital Raja Perempuan Zainab ll dan seorang lagi pesakit daripada hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang telah menunjukkan kesan positif kehadiran leptospirosis.



Leptospirosis adalah sejenis jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan demam panas, sakit kepala yang teruk, muntah-muntah, keradangan otot, Konjunctivitis, batuk-batuk, dan ruam sementara.

Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, jangkitan tersebut mungkin boleh mengancam nyawa dan juga boleh membawa kepada kerosakan otak, kegagalan buah pinggang, pendarahan dalaman, dan juga hilangnya fungsi paru-paru.

Ujian virus respiratori dan legionella terhadap mereka bagaimanapun menunjukkan keputusan negatif yang jelas katanya.

"Tempoh inkubasi untuk leptospirosis adalah selama 14 hari ini bermakna pesakit mungkin telah mendapat jangkitan sebelum pergi ke kajang," tambahnya.

Menurut Dr Noor Hisham ujian-ujian masih lagi dijalankan untuk melihat sama ada terdapat jangkitan lain.

Pada hari Jumaat, 12 daripada ahli keluarga berkenaan menunjukkan simptom jangkitan pernafasan dengan satu kematian, manakala enam lagi dalam keadaan stabil di hospital sementara 5 lagi menerima rawatan pesakit luar.

Setakat ini tiada jangkitan lanjut dikesan.

Pada hari Khamis 40 orang dilapor telah dikuarantin di Hospital Tanah Merah selepas kematian seorang lelaki berusia 59 tahun yang disyaki dijangkiti 'virus misteri' selepas pulang daripada bercuti di kajang.

BACA — Lelaki mati dijangkiti 'virus misteri' 40 ahli keluarga dikuarantin di Hospital Tanah Merah.

Kesemua 40 orang sanak saudara lelaki berkenaan yang berasal daripada Kampung Panglima Bayu dikuarantin di Hospital Tanah Merah sebagai langkah untuk mengelakkan penyebaran jangkitan. — EdisiRakyat.com, 10 Februari 2018

No comments:

Powered by Blogger.