Ads Top

Malaysia bawa masuk penoreh getah dari India dengan upah lebih mahal

SYARIKAT-SYARIKAT perladangan dari Malaysia dilapor bukan sahaja sedang membawa masuk ratusan penoreh getah yang berasal dari Kerala, India, malah turut menawarkan mereka dengan bayaran upah yang lebih mahal.

Tindakan itu dikatakan berlaku di tengah-tengah keadaan suasana permintaan pekerja yang tinggi dalam industri getah India ditambah dengan penurunan harga komoditi itu yang telah mengakibatkan banyak pemberhentian pekerja.


"Syarikat-syarikat Malaysia menawarkan upah yang tinggi dan suasana pekerjaan yang lebih baik kepada para penoreh getah daripada India," kata Noushad Abdul Khayoom daripada Planners Group International Recruitment (PGIR) seperti yang dilaporkan Bernama.

"Banyak ladang-ladang di Malaysia merekrut penoreh getah daripada Kerala, namun hakikat sebenarnya mereka mencari penoreh dari pelbagai negara," kata Noushad.

Para penoreh getah di Selatan India mampu meraih pendapatan bulanan sebanyak RM1,050 hingga RM1,500, atau sekitar 500 hingga 700 rupee sehari, sebelum permintaan bagi bidang itu menurun mengakibatkan ramai penoreh yang berhijrah kepada industri lain.

Namun penoreh getah dari Kerala yang bekerja di Malaysia dilaporkan mampu memperolehi pendapatan dua kali ganda lebih lumayan di samping suasana pekerjaan yang lebih baik, tambahnya.

Sebuah akhbar tempatan di Kerala India meramalkan negeri itu, bakal kehilangan penoreh getah berpengalaman berikutan ramai yang berhijrah ke Malaysia.

Akhbar itu turut melaporkan keadaan terkini di Kerala, di mana negeri itu hanya memiliki seramai 77,000 penoreh getah berdaftar berbanding keperluan industri sebanyak 150,000 — EdisiRakyat.com, 2 Mei 2017

2 comments:

  1. ini kes bawak pengundi hantu la...apalagi

    ReplyDelete
  2. Orang malaysia hak reti menoreh pupus dah ker

    ReplyDelete

Powered by Blogger.