Ads Top

Raja Pecut Asia Tenggara dijamin dapat tempat jika PH tawan Melaka — Shamsul

AHLI Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohamad Akin meluahkan rasa bangga dengan kejayaan anak kelahiran negeri Melaka, Khairul Hafiz Jantan yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara 100 meter Sukan SEA 2017 tempoh hari.

"Saya sebagai orang Melaka, bangga dan teruja dengan kejayaan beliau, ini kejayaan yang sangat luar biasa, saya tumpang gembira dan mendoakan semoga beliau terus mengharumkan nama negara di masa depan," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, MITC baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Idris Haron yang dilaporkan 'tawar hati' terhadap Khairul, Shamsul berkata, pentadbiran Pakatan Harapan sentiasa menghargai bakat muda seperti beliau, selain memberi jaminan atlet sepertinya akan mendapat tempat di bawah pentadbiran kerajaan jika berjaya menawan negeri Melaka.



"Rakyat Melaka sangat berbangga dengan beliau, janji kita jika berjaya menawan negeri ini, kita akan jadikan Melaka sebagai 'sporting state' dan atlet seperti Raja Pecut Asia Tenggara ini akan diberikan tempat semula," ujarnya.

Idris sebelum ini dilapor menyifatkan kerajaan negeri sudah 'tawar hati' dengan raja pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan apabila mendesak supaya diberi pelepasan segera bagi membolehkannya mewakili negeri lain pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak, tahun depan.

Idris turut dilaporkan 'tidak mahu ambil tahu' mengenai perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk menyelesaikannya dengan cara baik.

Ia susulan dakwaan Khairul yang turut digelar 'The Speedy Jantan' bersama dua rakannya, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Asnawi Hashim mendakwa pengurusan MSN dan Persatuan Olahraga Amatur Melaka (POAM) gagal menjaga kebajikan dan keperluan atlet, sekali gus mendorong mereka meminta segera dilepaskan. — EdisiRakyat.com, 25 Ogos 2017

1 comment:


  1. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses. Perkenalkan terlebih dahulu saya Sri Wahyuni biasa di panggil Mba Sri, TKI tinggal di kota Pontian johor Malaysia,Saya berprofesi sebagai pembantu rumah tangga, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar.
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak, kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro +6282354640471 & 082354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang nya melalui jalan TOGEL dan PESUGIHAN TAMPA TUMBAL...
    dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya lagi susah di negri orang. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya, baiknya melalui jalan togel saja. Dan angka yang di berikan beneran tembus ,6D dan saya dapat RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran. alhamdulillah terima kasih banyak ya allah atas semua rejekimu ini. walaupun ini hanya melalui togel..


    ReplyDelete

Powered by Blogger.