Ads Top

Kehilangan tanah FELDA, rompakan di depan mata — Shamsul Iskandar

SAYA mengalu-alukan komitmen pihak polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat 'kehilangan' tanah milik Felda di Jalan Semarak yang telah dipindah milik kepada syarikat pemaju.

Perdana Menteri Najib Razak tempoh hari juga telah memberikan jaminan siasatan menyeluruh akan dijalankan sekiranya terdapat kecuaian atau salah laku oleh mereka yang terbabit.

Walaubagaimanapun, beberapa siri siasatan dijalankan terhadap penyelewengan ke atas institusi Felda sering berakhir dengan tiada tindakan susulan diambil selepas siasatan dijalankan.

Masih segar di ingatan rakyat Malaysia terutamanya peneroka Felda melihat Isa Samad tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang selepas disiasat berhubung dengan penyelewengan pembelian hotel oleh Felda.

Kehilangan tanah Felda di Jalan Semarak ini merupakan rompakan yang berlaku di depan mata. Malang buat Felda kerana orang yang dijemput sebagai tetamu masuk ke dalam rumahnya dengan memberikan segala kepercayaan kepada tetamunya akhirnya membiarkan rumahnya tergadai akibat dicuri oleh tetamunya.



Saya ingin mengajukan beberapa persoalan sama ada apakah terdapat kelulusan oleh ahli lembaga badan pengarah Felda Investment Corporation (FIC) ke atas pindahmilik tanah Felda tersebut sehinggakan Shahrir Samad sendiri terpegun?

Kepada Shahrir Samad pula adakah beliau terpegun kerana baru sedar tanah telah dicuri hanya selepas 349 hari dilantik menjadi Pengerusi Felda?

Justeru, saya ingin menegaskan di sini bahawa tiada jalan penyelesaian bagi kes kehilangan tanah Felda selain pendakwaan dikenakan terhadap dalang dan perancang utama.

Najib Razak perlu memberikan jaminan tiada campur tangan politik akan berlaku demi memastikan pendakwaan akhirnya akan dikenakan kepada dalang di sebalik kehilangan tanah Felda tersebut.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ahli Parlimen Bukit Katil
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

1 comment:

  1. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.