Lelaki guna pemetik api bentuk pistol, menyamar jadi polis rompak warga asing

SEORANG lelaki guna pemetik api berbentuk pistol, dan memakai jaket gelap, berjaya memperbodohkan mangsa-mangsanya dengan menyamar sebagai anggota polis sebelum merompak mereka.

Bagaimanapun aktiviti jenayah itu dilaporkan tidak bertahan lama selepas pihak polis menangkapnya ketika cuba merompak mangsa yang sama buat kali kedua.

Menurut Ketua Polis Daerah Pendang, Superintendan Fadzil Hashim lelaki yang berusia 58 tahun itu, telah datang ke sebuah rumah kongsi di Sungai Tiang pada hari Isnin dan merompak wang berjumlah RM100 daripada seorang pekerja asing.

"Mangsa yang berusia 32 tahun menyangka lelaki itu adalah seorang anggota polis selepas dia menunjukkan pistol di pinggangnya. Suspek telah mengambil telefon bimbit milik mangsa dan meminta wang RM100," katanya.

pistol palsu
Pemetik api berbentuk pistol ada dijual di kedai-kedai tertentu

Kata Fadzil, mangsa telah membuat satu laporan polis di balai polis Sungai Tiang namun gagal mengenalpasti lelaki berkenaan.

Apabila "anggota polis" itu datang kembali ke rumah kongsi tersebut semalam, pekerja berkenaan dengan segera memberitahu penyelianya. Mereka kemudian bersama-sama menahan suspek dan menyerahkan kepada pihak polis.

"Siasatan awal menunjukkan lelaki berkenaan mempunyai 17 kes kes lampau termasuk 14 hukuman sejak tahun 1971," katanya.

Tambahnya lagi siasatan juga mendapati bahawa lelaki tersebut menyasarkan pekerja asing di Pendang dan daerah-daerah berdekatan.

Lelaki itu ditahan reman selama seminggu mulai hari ini dan siasatan terhadapnya dibuat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana merompak dan Seksyen 270 kerana menyamar sebagai seorang anggota polis. — EdisiRakyat.com, 7 Disember 2017

2 Comments

  1. lelaki itu akan dijulang sebagai hero oleh umno dan akan menjadi timbalan menteri tidak lama lagi. lelaki itu memang berbakat besar dalam umno sebagai parti penjenayah yang terulung dan terbagus dalam malaysia!

    ReplyDelete
  2. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post