Jangkitan kuman dalam darah (Septisemia)

JANGKITAN kuman dalam darah yang serius iaitu Septisemia juga dikenali sebagai bakteremia, ataupun keracunan darah.

Septisemia

Septisemia biasanya berlaku apabila jangkitan bakteria di bahagian lain pada badan, seperti di paru-paru ataupun kulit masuk ke dalam saluran darah.

Ia sangat berbahaya kerana bakteria bersama toksin yang dibawa boleh tersebar ke seluruh sistem saluran darah di seluruh badan.

Jelas sekali Septisemia boleh mengancam nyawa. Penyakit ini perlu dirawat di hospital, keadaan berterusan tanpa rawatan boleh mengakibatkan Septisemia berubah kepada Sepsis.

Septisemia dan sepsis kedua-duanya berbeza. Sepsist merupakan komplikasi serius berasal dari Septisemia.

Sepsis adalah keadaan di mana berlakunya keradangan di seluruh bahagian badan. Keradangan ini boleh mengakibatkan pembekuan darah, serta sekatan oksigen dari penerimaan organ-organ penting, seterusnya mengakibatkan kegagalan organ. alert-info

Apakah punca Septicemia?

Septisemia berlaku disebabkan oleh jangkitan pada bahagian lain badan. Jangkitan ini Biasanya teruk, banyak jenis bakteria boleh membawa kepada gejala Septisemia.

Punca sebenar jangkitan seringkali tidak dapat ditentukan, namun antara jangkitan-jangkitan yang biasa membawa kepada Septisemia adalah seperti berikut:

1. Jangkitan pada saluran kencing
2. Jangkitan paru-paru contohnya seperti pneumonia
3. Jangkitan ginjal
4. Jangkitan pada bahagian abdomen.

Bakteria dari jangkitan-jangkitan yang disebut di atas, memasuki saluran darah sebelum membiak dengan begitu pantas, membawa kepada simptom-simptom segera Septisemia.

Pesakit yang melalui pembedahan di hospital memiliki risiko yang sangat tinggi mendapat Septisemia. Jangkitan sekunder mungkin berlaku di hospital. Jangkitan seperti ini biasanya lebih berbahaya kerana bakteria terbabit mungkin sudah "kebal" terhadap antibiotik.

Seseorang individu juga berisiko mendapat Septisemia sekiranya:

1. Mempunyai kecederaan atau luka terbakar yang serius.
2. Terlalu muda atau terlalu tua.
3. Mempunyai sistem imun yang telah rosak, contohnya penghidap HIV ataupun Leukemia.
4. Sedang menerima Rawatan perubatan yang melemahkan sistem imun contohnya seperti kimoterapi ataupun suntikan steroid.

Post a Comment

0 Comments